Assalamualaikum
Korang dah kerja? Aku dah
mula seriousl berkerja start bulan 2 tahun ni. Sebelum ni duk bantai kerja part
time je.
Tapi dah dari bulan 2 aku
bersabar kerja, gaji tak naik-naik. Awalnya janji RM700 starting je, nanti akan
dinaikkan. Tapi sampai kesudahnya aku telan gaji RM700. Aku kerja part time dulu
pon gaji lagi masyuk. oh. For your information, aku ni kerja sebagai graphic
designer di syarikat tettt di tett terengganu.
Tak cukup bro, aku nak bayar
pinjaman lagi. Ni plan nak cari kenderaan untuk memudahkan aku ulang alik pergi
kerja since sekarang aku mintak tolong abah hantarkan dan ambilkan aku kerja.
Sekarang aku dalam
perancangan nak cari kerja lain sebab memang aku dah tak tahan dah nak bersabar
nak tunggu gaji naik. Silap-silap kaki aku yang naik nanti. (acah-acah
gangster)
Relevan ke gaji bawah dari
RM1000?
Pada pendapat aku, gaji bawah
RM1000 tak sesuai dengan lifetime sekarang yang mana kos hidup tinggi nak
mampus. haha. nak masuk tandas pun kena bayar. apa lagi kos makan minum yang
mahal macam ape tah. Aku pernah terkena air sirap satu gelas biasa tu berharga
RM2.50. Pada aku mahal kot. Sirap je pon. Beli sirap cap ros botol besar pon
tak sampai harga gitu. Maybe ais la mahal kottt.
Korang fikir macam mana?
Sesuai ke zaman sekarang ni gaji bawah RM1000?
not relevan actually. i can feel you dear. Bukan tak bersyukur, tapi sometimes rasa macam company mampu bayar gari standard zaman sekarang yang masuk bilik air pon RM0.50. Tapi sifat kedekut yang tak relevan sometimes buat hati sakit btl. Then tak pasal2, baru setahun kerja notis berhenti kerja 3 bulan. Then siapa je nak tunggu kita 3 bulan kalau kita mintak kerja. Kalau bagi notis sebulan taknak terima. Kena bayar 3 bulan gaji. My company lagi cruel tau. Maaf sesi luahan hati dan perasaan dekat sini
ReplyDeletebetul3. bukan tak bersyukur tapi memang susah tau macam ni. gaji murah sangat tapi kos hidup tinggi. macam mana nak survive pon tak tau la. penat dah kerja macam ni. kerja gov jugak best. gaji asyukkk, ada bonus T.T
DeleteSy pun ade pengalaman mcm ni. reason ceo bg gaji sikit sbb die kata sy muda sgt utk dpt gaji byk n buat kerja atasan. vangang sgt alasan tu.. even ada certificate bagai n jwtan agak tinggi SGT X RELEVAN OK. 700 tu stok budak baru abes SPM result pun x tau lagi ok. Right now saya yg buat master ni pun dpt gaji almost 2k tu blum masuk boleh claim segala mcm benda lagi.. yg penting siapkan research sy je.. masa ikut ske ati mcm lecturer klu x dtg terus pun x pe hihi. better cari kerja kt tmpt lain, tp yg plaing penting skali bykkan doa dan buat solat shuha sbb bukan manusia yg beri rezeki. manusia hanya asbab. Allah yg bg rezeki. Kalau rajin n ingin tingkatkan pencapaian diri boleh je sambung belajar sbb kerajaan skrng ni ade byk geran utk mereka2 yg sudi buat research ni. InsyaAllah kalau ada rezeki x kemana.yg penting D.U.I.T. doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal :)
ReplyDeletehehe. sekarang memang tengah ari kerja lain. insyaAllah. rezeki dari Allah dan dimana2 :) tq <3
Delete