The Followers

Saturday, April 26, 2014

Perbezaan Perempuan Cantik Dengan Perempuan Kurang Cantik

Assalamualaikum & Hi

IU yang cantik & Siti Azizan yang kurang cantik
Let's make it simple with situations okay :)


Perempuan CANTIK tak pakai tudung
" Kalau awak pakai tudung, mesti lagi cantik, sopan dan ayu. Semoga dapat hidayah darinya. "

Perempuan KURANG CANTIK tak pakai tudung
" Kau tau tak, tak pakai tudung tu dosa? Malu la ada perempuan macam kau ni. Kesian mak ayah kau "


Perempuan CANTIK masak
" Wahhh wahh wahhh.. tengok gambar pun saya dah terliur. Mesti sedap ni. Untunglaaaa.. dah la cantik, pandai masak. Memang beruntung siapa dapat awak. "

Perempuan KURANG CANTIK masak
" Entah-entah, tengok gambar je sedap. Rasa entah pape. Kalau sedap pun, confirm tapau makanan kedai ni.. "


Perempuan CANTIK post gambar selfie moncong itik pulang petang
" Comelnya dia buat muka macam tu... hehehe (gelak gatal) "

Perempuan KURANG CANTIK post gambar selfie moncong itik pulang petang
" Tak payah nak moncong-moncong sangat la. dah macam apa dah aku tengok "


Perempuan CANTIK tak pandai
" Takpe, kalau tak pandai boleh belajar lagi :) (damn!!) "

Perempuan KURANG CANTIK tak pandai
" Dah la buruk. Bingai pulak tu. "


Bila perempuan CANTIK diam,
orang akan kata dia ni pemalu... la sangat =.=

Bila perempuan KURANG CANTIK diam,
orang akan kata dia ni sombong...


Jadi cantik ni banyak la keuntungannya.. Untunglaaaaaa cantik.. Tak untunglaaaa orang-orang tak cantik macam aku ni... ="(
tapi, tak semua cantik itu baik TAPI aku tak kata yang cantik itu buruk. faham kan?

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan sendiri.

Pada aku, tak perlu la kot nak over sangat hanya kerana mereka cantik. Apa kau ingat, kau puji dia cantik, pandai masak, pandai menganyam ketupat, dia akan belanja korang KFC set Cristiano Ronaldo? IN YOUR DREAM!

Thank You For Reading =)


( kalau terasa, minta maaf, mungkin anda termakan cili sambal belacan tadi =') )

No comments:

Post a Comment